Salam Sejahtera
Menu sarapan pagi :
Bubur Lada Hitam
Sedap...yummy..\(^o^)/
bersiaran terus dari periuk bubur.
Bahan-bahan utama ;
1 Kg Beras
1 Kg Daging Lembu
1 Batang Lobak
Lada Hitam
Air
Minyak
Garam
Cara-caranya :
1. Tanak Nasi, lebihkan air dalam 1 liter daripada sukatan air menanak nasi.
2. Ambil Daging, potong nipis-nipis.
3. Tumbuk Lada Hitam sehingga lumat.
4. Selepas itu, gaulkan lada hitam tadi bersama dengan daging. Tambah sedikit Garam. Peram bahan ini dalam 5 minit.
5. Potong lobak secara dadu.
6. Setelah 5 minit berlalu, goreng daging tadi sehingga garing.
7. Dalam masa yang sama, jangan lupe melihat nasi ye..;)..kacau supaya tidak berketul.
8. Ok, apabila daging sudah masak, masukkannya ke dalam periuk nasi bersama lobak dan sedikit garam.
9. Ehm...taburkan sedikit lada hitam.
10. Biarkan bubur anda masak sepenuhnya dalam masa 10 minit kemudian.
\(^_^)/ Sarapan Pagi dah siap!...
Alhamdulillah...ingat balik rumah nak makan masakan mak, tetapi terbalik pula jadinya. Tetapi, apapun boleh menambahkan skill. Mana yang terkurang atau terlebih boleh ditegur oleh yang lebih amatur.
Bagaimana anda memanfaatkan cuti anda bersama dengan keluarga?
the more u give the more u get~
